KECANTIKAN

Macam Mana Nak Jaga Kulit Normal Dan Sensitif?

Aug 6, 2014
siti nurhaliza

Macam Mana Nak Jaga Kulit Normal Dan Sensitif? | Hari ni dah masuk 10 Syawal.Hari ni juga saya dah mula kembali melunasi kerja-kerja yang terbengkalai sebelum raya .Alhamdulillah.Allah masih beri saya peluang dan pinjamkan nikmat2Nya untuk saya berkongsi ilmu dengan semua pembaca.Hari ini juga saya akan berkongsi mengenai Macam Mana Nak Jaga Kulit Normal Dan Sensitif . Sebelum ini saya sudah berkongsi mengenai penjagaan kulit muka berminyak dan kering.Rujuk artikel INI [KLIK]

Hari demi hari,kulit muka saya menunjukkan perubahan yang semakin positif di susuli dengan penjagaan muka yang konsisten serta pengambilan supplement yang terbaik untuk kulit muka saya.Tak perlu pakai foundation atau krim muka tebal-tebal dah sejak dua menjak ni.Hehe.Lega la sikit walaupun Cik J suka jugak datang singgah atas muka ni.Tapi Cik J ni datang time hormon terbalik.Haha

siti nurhaliza

Dah.Stop membebel panjang.Kita tengok macam mana nak jaga kulit muka normal dan sensitif.

Kulit Normal

  • Jangan berlebihan dalam menggunakan pencuci muka.Yang ni jangan main tibai ja pakai pencuci muka mentang-mentang kulit dah mulus macam Datuk Siti Nurhaliza.Hehe.
  • Cuci muka 2 kali sehari.Tak lebih tak boleh kurang.
  • Elak guna sabun atau kosmetik yang mengandungi bahan kimia.

Kulit Muka Sensitif

  • Jangan pakai bedak atau kosmetik yang tidak sesuai
  • Jangan makan makanan yang berpotensi bagi kulit muka korang gatal
  • Jangan pakai kosmetik dan krim malam yang tidak diperakui selamat oleh KKM.
  • Guna produk kosmetik yang khusus untuk KULIT SENSITIF
  • Guna penyegar atau toner muka bebas alkohol.Lebih selamat kalau pilih yang mengandungi Lavender memandangkan Lavender sesuai untuk kulit muka sensitif.

Ramai yang tanya ‘pencuci muka apa yang sesuai?’ , ‘krim muka apa yang elok?’

Banyak sebenarnya set penjagaan kulit muka yang selamat di luar sana.Tetapi bagi saya sendiri,saya lebih mementingkan penjagaan dalaman terlebih dahulu seperti pengambilan supplement anti-penuaan yang terbaik.Walaupun umur baru 22 Tahun,tetapi kolagen dalam badan dah mula hilang sedikit demi sedikit.

Antara produk anti-penuaan yang terbaik ialah D-Collagen dan Bionic Booster DNA.Kedua-dua produk ini sedang meningkat naik saban hari.Tak rugi melabur sedikit duit untuk kelihatan cantik depan si suami.Penampilan yang menarik juga mampu meningkatkan keyakinan diri.Percayalah.Saya sendiri pernah rasa down sangat bila kulit muka suatu ketika dahulu sangat teruk.Dari situ jugak saya nekad untuk menjaga penampilan diri dan kelihatan lebih yakin selepas melakukan perubahan.Alhamdulillah.

Dah.Malas nak sembang panjang-panjang sebab dah kering idea dah nak membebel panjang-panjang.Bagi korang yang berminat nak tahu mengenai produk anti-penuaan terbaik tu,korang boleh pergi baca artikel INI [KLIK] dan INI [KLIK].

Selamat Mencuba!

You Might Also Like

5 Comments

  • Reply akubiomed Aug 6, 2014 at 2:27 PM

    Tepat sekali umlah kalogen akan berkurangan apabila meningkat usia. Sebab itu banyak produk yang berada di pasaran menajadikan kalogen salah satu bahan utama.

  • Reply NadyaBubble Aug 6, 2014 at 4:03 PM

    Nice tips :D

  • Reply Tudung Labuh Online Aug 6, 2014 at 4:12 PM

    Masa muda elok jaga penampian dan aset.

    Lebih menjimatkan masa dan duit.

    Nanti bila dah tak lawa.. Susah nak pulihkan

  • Reply titan Aug 6, 2014 at 7:31 PM

    hoho..

    gua tak nak cantek sangat.

    bahaya. haha

  • Reply Farid Laham Aug 9, 2014 at 1:11 PM

    boleh cuba tips ni…terima kasih awak :)

  • Leave a Reply