FESYEN

Baju Muslimah Dari Salsabeela Muslimah Attire

Jun 25, 2014
JUBAH SATIN YANG CANTIK

Baju Muslimah Dari Salsabeela Muslimah Attire | Saban hari semakin banyak InstaShop,FBShop yang wujud.Masing-masing berlumba-lumba untuk memikat hati pelanggan dengan keunikan produk mereka yang tersendiri.Kebanyakannya adalah produk pakaian muslimah.Tetapi tak semua produk keluaran mereka ini mampu menepati syariat Islam.Berlainan pula dengan koleksi baju muslimah dari Salsabeela Muslimah Attire yang begitu menitik beratkan syariat Islam dalam menghasilkan koleksi pakaian yang terbaik untuk pelanggan.

JUBAH SATIN YANG CANTIK

Jubah Satin dari Salsabeela Muslimah Attire yang memikat hati saya..

Di Salsabeela Muslimah Attire,pelbagai jenis koleksi baju muslimah yang simple,cantik,sederhana dan moden serta boleh dibuat dengan cutting yang tersendiri boleh didapati dengan harga yang sangat berpatutan.Dengan penggunaan material yang berkualiti,pelanggan masih boleh memilikinya dengan harga  mampu milik.Saya sendiri turut melihat penggunaan material sewaktu pemilihan baju memandangkan saya sendiri hendak memakainya untuk satu tempoh yang lama.Biarlah berbelanja lebih sedikit memandangkan material tersebut tahan lama.Tiada guna juga kalau beli baju yang terlalu murah,tetapi hanya dapat dipakai sekali dua.Di sini saya sangat menggalakkan para pengguna terutamanya wanita untuk menitikberatkan soal material.Duit boleh di cari.

baju raya yang cantik

Material yang berkualiti menyerlahkan lagi gaya anggun si pemakai

Pelbagai fesyen terkini untuk jubah,palazzo,skirt,wide pants,top blouses,shawl,tudung dan dress dari Salsabeela Muslimah Attire memang mengancam dan menggugat ‘nafsu’ saya untuk memiliki salah satu darinya.Hehe.Fesyen yang diterapkan oleh online shop ini ialah labuh,longgar,selesa tetapi tetap kelihatan bergaya.Dengan mematuhi syariat Islam,kita masih boleh kelihatan cantik.Tetapi pastikan kecantikan kita ditunjukkan kepada mereka yang sepatutnya sahaja.

Rekaan fesyen terkini dari Salsabeela Muslimah Attire sesuai digayakan untuk ke pejabat,kenduri,majlis rasmi,hari raya ataupun sebagai pakaian harian memandangkan rekaannya yang begitu ringkas,tetapi masih lagi mampu menyerlahkan keanggunan si pemakai.Bagi saya sendiri,sejujurnya koleksi di online shop ini memang ringkas dan sangat cantik malah sesuai untuk wanita yang berumur 25 tahun-55 tahun.Pendek kata sesuai untuk mereka yang sudah bekerjaya.Memang tak jemu mata saya memandang koleksi dari mereka.Rekaan dari mereka juga mampu menyerlahkan kematangan si pemakai.

Mempunyai lebih dari 100 Ribu peminat setia di laman media sosial Facebook jelas menunjukkan bahawa koleksi dari Salsabeela Muslimah Attire tidak pernah mengecewakan hati peminat koleksi mereka.Bukan senang nak memuaskan hati setiap pelanggan kan.Tapi di Salsabeela Muslimah Attire,mereka sentiasa memuaskan hati pelanggan mereka dengan layanan dan perkhidmatan yang terbaik.Lepas ni bolehlah jenguk online shop ni untuk mencari koleksi baju raya yang cantik dan elegan.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau pendek kata nak sambung cuci mata dengan koleksi baju muslimah yang cantik dari Salsabeela Muslimah Attire ini,bolehlah ke:

Facebook:Muslimah Attire
Instagram:salsabeelamuslimahattire

No Tel:017-412 1676

You Might Also Like

12 Comments

  • Reply Cik Nad Jun 26, 2014 at 1:17 PM

    huwa kakak tgh cari idea utk baju nikah, cadangnye nak ala – ala dreess jubah.. huwa konpius ~ ni pun lawa nii hihi

    http://www.nadiasecreto.com

    • Reply Farisya Anastasyia Jun 28, 2014 at 1:54 AM

      yang ni pun lawa juga kak :)

      • Reply Mazni Azmi Nov 14, 2014 at 4:05 PM

        Saya suka telekung tu. Nampak kemas kainnya. Semoga bertambah ramai yang menutup aurat dengan fesyen sebegini

        • Reply admin Nov 14, 2014 at 7:09 PM

          Amin.InsyaAllah sama-sama doakan untuk mereka yang lain.

  • Reply titan Jun 26, 2014 at 10:18 PM

    mesti dah try baju nih kan? hoho

  • Reply hafizihamsan Jun 30, 2014 at 7:15 AM

    model tu kalau tak silap budak uitm shah alam hehe..sbb cm kenal je

  • Reply Azhafizah Jun 30, 2014 at 10:45 AM

    cantik² ni.boleh terjah jap lagi kot ade yang berkenan boleh beli buat raya nanti :)

  • Reply Raudzah Jul 5, 2014 at 3:08 PM

    cantik color baju yang first tu…

  • Reply Tudung Labuh Online Aug 23, 2014 at 10:33 PM

    Memang lawa baju rawdha tu.

    Tudung dia pun boleh tahan cantik sesuai.

    Lepas tengok semua gamabr ni. Baru eprasanan rupa rupanya telekung pun ada juga

  • Leave a Reply to Farisya Anastasyia Cancel Reply