FESYEN

Tudung Terbaik Dari Iman Sara

May 13, 2014
shawl murah

shawl murah

Tudung Terbaik Dari Iman Sara | Pada artikel yang lalu,saya ada bercerita mengenai tudung satin yang mudah dibentuk.Dalam memastikan penampilan diri sebagai wanita berhijab bersederhana dan kemas,saya memandang serius aspek-aspek penting dalam pemilihan tudung terbaik.Bukan main hentam keromo sahaja.Alih-alih bila nak pakai,senget sana senget sini.Perempuan,bila nak bersiap memang lambat.Jadi untuk mengatasi masalah ‘lambat bersiap’ sampaikan si suami tarik muncung,pastikan pemilihan tudung dilakukan dengan betul.

Antara aspek-aspek penting dalam pemilihan tudung yang terbaik,saya meneliti aspek berikut:

  • Material-Saya lebih memilih material Viscose,Italian Valentino
  • Design-Lebih gemarkan design yang simple dan chic
  • Warna-Warna lembut untuk gaya  elegant dan eksklusif
  • Saiz-Tudung Labuh pilihan hati dan ‘menyelamatkan’ diri.

‘….susah nak jumpa tudung yang menepati kesemua aspek di atas…’

Siapa cakap susah nak jumpa?Di Iman Sara,kesemua aspek berikut boleh dijumpai.Saya sendiri telah memiliki salah satu koleksi tudung yang terbaik dari Iman Sara iaitu Ayesha Scarf Smokey Grey.

shawl mudah bentuk

Ayesha Scarf Smokey Grey

  • Material Italian Valentino
  • Basuhan Mesin
  • 56 cm x 180 cm
  • RM49
  • Tudung yang senang digosok

Tudung Pilihan Hati

Sejujurnya,pandangan pertama saya bila melihat material shawl Ayesha,saya terfikir ‘macam panas je kain dia’.Pandangan pertama tidak selalunya betul.Tak kenal maka tak cinta.Bila dah cinta,asyik nak berkepit je.Macam tu lah saya rasa bila saya dah pakai Ayesha Scarf ni.Sebagai seorang perempuan yang berhijab dan sering berada di luar,material tudung memang sangat penting.Pastikan material tudung tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.Dan Ayesha Scarf menepati citarasa saya dengan materialnya yang sederhana,Italian Valentino.Selain Ayesha Scarf,Iman Sara juga menampilkan Naadya Collections 100% dari material Viscose yang terdiri daripada pelbagai corak menarik.Sesuai dengan trademark Iman Sara iaitu Chic,Modest and Easy telah diserlahkan melalui pemilihan design tudung yang sesuai untuk semua lapisan umur serta bersederhana.

Tudung Yang Mudah Dibentuk

Flexibility tudung mudah dibentuk juga sangat penting.Bagi saya,saya lebih suka tudung yang senang dibentuk kerana faktor muka yang ‘semakin bulat’ dan menjimatkan masa.Bentuk muka juga perlu dititik beratkan ketika memilih tudung.Di Iman Sara,saya tidak perlu runsing kerana hampir separuh dari koleksi Iman Sara dibuat daripada material yang senang dibentuk dan digayakan.Lepas ni senang nak memilih disebabkan pemilihan material yang terbaik.Ayesha Scarf juga senang digosok dan boleh dibasuh dengan basuhan mesin tanpa rasa risau kerana materialnya yang terbaik.

Variasi Gaya Yang Cantik

Pelbagai gaya tudung boleh dilakukan untuk Ayesha Scarf Smokey Grey dari Iman Sara.Antara gaya tudung yang boleh digayakan ialah:

 

Pilihan Warna Yang Cantik

Warna Smokey Grey sesuai dipadankan dengan pelbagai warna dan jenis baju.Bagi saya,warna Smokey Grey menyerlahkan lagi kematangan si pemakai.Antara warna ‘panas’ yang mendapat permintaan tinggi dari pelanggan Iman Sara ialah Ayesha Scarf Mint Green,Ayesha Scarf Mustard Yellow,Ayesha Scarf Metal Fuschia,Ayesha Scarf  Blush Pink,Ayesha Scarf Raspberry Chic dan Ayesha Scarf Platinum.Rambang mata juga nak memilih warna tudung yang cantik ni.Banyak sangat pilihan warna tudung yang menambat hati.

Servis Yang Boleh Dipercayai!

Kini ramai pengguna telah memilih melakukan pembelian  secara atas talian (online) disebabkan banyak faktor yang mampu memudahkan kehidupan seharian mereka.Saya juga tidak terkecuali dengan memilih Iman Sara sebagai online shop yang menjual tudung.Pengalaman membeli di Iman Sara memang tidak menghampakan kerana urusan pembelian saya menjadi mudah dan senang dengan hanya melayari laman rasmi Iman Sara.Pembayaran boleh dilakukan melalui Maybank2u,CIMB Clicks,PayPal dan MasterCard Visa.

Diskaun Untuk Pembaca Blog!

Diskaun potongan RM10 pembelian di Iman Sara untuk pembaca blog saya.Diskaun ini hanya sah sehingga 20 Mei 2014 sahaja.

DISKAUN RM10 UNTUK PEMBACA BLOG

KOD:
FARISYAREADERS

Iman Sara Di Media Sosial

Jangan berhenti membaca mengenai Iman Sara di sini sahaja.Ikuti perkembangan terkini Iman Sara di akaun media sosial rasmi mereka.Pelbagai koleksi menarik dan terkini dari Iman Sara akan menemui wanita berhijab di luar sana.Saya yakin anda pasti seronok dan berpuas hati shopping di Iman Sara.

www.imansara.com

Instagram: @imansaramy

Fanpage: Iman Sara

Selamat Membeli! ^_^

You Might Also Like

8 Comments

  • Reply Abdur May 16, 2014 at 5:18 PM

    Comel… tapi taknak pandang lama-lama

  • Reply Bahrain May 16, 2014 at 6:03 PM

    simple.kemas dan cantik.

  • Reply Azhafizah May 17, 2014 at 9:23 AM

    nampak exclusive even just plain :)

  • Reply Cik Nad May 18, 2014 at 11:29 AM

    ade diskaun heeeee yeay nk try 1 :P

  • Reply Mazni Azmi Aug 25, 2014 at 5:17 PM

    Memang tidk dinafikan lagi.

    Tudung tudung ni memang kemas dan cantik

    Agak labuh juga

  • Leave a Reply