MAKANAN

Resipi Sarapan Pagi Yang Mudah Dan Cepat

May 17, 2014
kedai kek sedap di kuala terengganu

Resipi Sarapan Pagi Yang Mudah Dan Cepat  | Dah lama sebenarnya nak berkongsi mengenai resipi sarapan pagi yang mudah dan cepat.Untuk perkongsian resipi yang sangat senang dan ringkas ini,hanya perlukan masa 10 minit untuk menyediakannya.Sangat menjimatkan masa dan sesuai untuk mereka yang selalu tergesa-gesa ke tempat kerja.Sarapan ini juga sesuai untuk dibawa oleh anak-anak ke sekolah.

Kentang Goreng Telur

Bahan-Bahan:

  • Telur  1 biji (ikut kehendak masing-masing)
  • Ubi Kentang (Tak kisah yang frozen atau biji,tapi saya lebih suka yang biji sebab fresh)
  • Sos Cili/Sos Tomato

Cara-Cara Membuat:

1.Potong Ubi Kentang Biji mengikut kreativiti tersendiri.Saya lebih gemar memotongnya kepada bentuk sederhana halus(macam yang frozen).

2.Pukul telur sampai kembang.Kalau tak nak pukul tak mengapa tapi kena pastikan telur itu mampu membalut kesemua ubi kentang yang telah dipotong tadi.Pendek kata,banyak ubi kentang,maka banyaklah telur yang perlu diguna.Sebab tu saya pukul telur sampai kembang.Jimat.

3.Panaskan minyak.Masukkan ubi kentang terlebih dahulu.

4.Setelah ubi kentang hampir separuh hendak masak,masukkan telur yang dipukul tadi ke dalam kuali.Tuangkan sahaja telur tersebut ke atas ubi kentang .Pastikan ketika ini api sederhana besar.

5.Tutup kuali untuk beberapa minit.

6.Siap dan angkat untuk dihidangkan.Jangan lupa letak sos pilihan anda.Tapi saya lebih gemarkan sos cili.Baru terangkat.Hehe

7.Sedia di makan!

kedai kek sedap di kuala terengganu

Seriusly memang sedap!Dah rasa macam sarapan western kejap.Hehe.Selain itu,ia merupakan sarapan pagi yang ringkas,cepat dan mudah!

Selamat Mencuba! :)

You Might Also Like

22 Comments

  • Reply Azhafizah May 17, 2014 at 9:19 AM

    pernah buat jugak camni..memang sedap n kenyang..mudah lak kan

  • Reply akubiomed May 17, 2014 at 11:01 AM

    Boleh tahan berangin kalau makan. :-)

  • Reply Abdur May 17, 2014 at 11:22 AM

    Memang senang nak masak kentang goreng,ia juga kegemaran anak saya.

  • Reply Bahrain May 17, 2014 at 8:44 PM

    Nampak senang aja nak buat dan menyelerakan.

  • Reply Cik Nad May 18, 2014 at 11:27 AM

    Dah cube akk upload hihihi!

  • Reply Pondok Papan May 21, 2014 at 3:49 PM

    Ohhh leh cuba gak kat rumah hari minggu ni..terbaiklah..hehe

  • Reply Aidil edy May 30, 2014 at 3:07 PM

    Masa sentiasa x cukup…apa lg untk siapkn sarapan …memang x smpat lar….dgn menyediakn srapan mcam ni …time dpat save lar

  • Reply nazuwa Jul 6, 2014 at 12:47 PM

    waa sedapnya.. tak penah buat

  • Reply Wina Sep 11, 2014 at 5:42 PM

    tq farisya..ini mesti cuba..tak sabar rasanya..memang citarasa western nie

  • Reply Suhaili isa Nov 22, 2014 at 9:23 AM

    hi dear…i pagi ni memang cari resepi breakfast yg senang. Jumpa blog u. Ok biar i try buat & modified sikit. Singgah blog i ye http://www.suerizal.com

  • Reply Ammar Dec 1, 2014 at 1:45 PM

    Kalau senang macam ni hari-hari lah saya jadi rajin masak. hehehe. Nak cuba lah nanti kalau rajin.

  • Reply farisya Apr 11, 2015 at 5:16 AM

    tempting lak..hehehe..kalau guna kentang biji tu, camana nak pastikan dia lembut?kena rebus dulu ke atau boleh goreng je?

    • Reply admin Apr 12, 2015 at 9:52 AM

      kalau nk cepat masak rebus dulu xpe :)

    Leave a Reply