KECANTIKAN

Kenali Jenis Kulit Muka

May 7, 2014
siti nurhaliza

Kenali Jenis Kulit Muka | Dua hari lepas saya berkongsi mengenai Rawatan Kecantikan Pada Wajah .Hari ini pula saya akan berkongsi mengenai jenis kulit muka.Mungkin ada yang sudah menegtahui jenis kulit muka mereka,tetapi masih ada juga segelintir yang keliru mengenai jenis kulit muka mereka.Adalah sangat penting bagi kita tidak kira lelaki mahupun perempuan untuk mengetahui jenis kulit muka bagi menyesuaikan penggunaan produk penjagaan wajah.

Kulit Muka Berminyak

Kebanyakan wanita di Malaysia mempunyai kulit muka berminyak kerana gaya pemakanan mereka rata-rata gemarkan masakan yang berminyak.Kulit berminyak adalah kulit yang mengeluarkan minyak secara berlebihan akibat aktiviti kelenjar lemak pada kulit.Kotoran dan debu memang mudah untuk melekat pada kulit yang berminyak yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan jerawat dan bintik-bintik hitam.Cuba bayangkan satu permukaan yang di letakkan minyak,kemudian pasangkan satu kipas yang berdebu.Macam mana agaknya?

Antara ciri kulit berminyak ialah:

  • Kulit nampak melekit dan berminyak (Jalan sebatu pun dah nampak glowing habis)
  • Kulit Alergi dan sering gatal-gatal di muka
  • Sekitar hidung nampak seperti menara KLCC yang berkilauan akibat minyak yang berlebihan.
  • Kulit mengalami bintik hitam dan jerawat seperti kuih rempeyek.

Kulit Kering

Kulit kering pula ialah kulit yang mengeluarkan minyak dalam kuantiti yang sangat sedikit.Minyak tidak membahayakan kulit muka.Tetapi sekiranya minyak dikeluarkan melebihi atau kurang dari paras normal,itu yang berbahaya.Fungsi minyak adalah untuk melembutkan seperti kita sapukan losyen pada kulit.Pengeluaran minyak yang sangat sedikit akan menyebabkan kulit mudah pecah-pecah dan sensitif.

Mereka yang mempunyai kulit muka sebegini tidak boleh memakai produk kosmetik sembarangan dan perlu merujuk kepada pakar kulit muka terlebih dahulu.Jangan memandai,nanti merana diri.

Antara ciri kulit kering:

  • Kulit kelihatan kasar dan tidak bersinar
  • Kulit kering dan pecah-pecah seperti sisik ikan
  • Kulit sensitif dan kemerahan macam buah epal bunting.

Kulit Kering dan Berminyak

Mereka yang mempunyai jenis kulit muka seperti ini mudah keliru.Hal ini kerana kulit muka mereka mempunyai kombinasi masalah yang memeningkan.Sebahagian kulit muka mereka berminyak,dan sebahagian lagi kering.

Antara ciri kulit muka kering dan berminyak:

  • Kulit di kawasan T (hidung,dahi dan pipi) kelihatan berminyak.

Kulit Normal

Untung.Itu perkataan yang selayaknya bagi mereka yang mempunyai kulit muka yang normal.Bukan mudah nak dapatkan kulit muka yang normal.Pengeluaran minyak bagi kulit normal adalah sangat seimbang Tidak bererti kulit normal tidak memerlukan rawatan wajah.Bukan semua bernasib baik seperti golongan kulit normal ini.

Antara ciri kulit muka normal:

  • Tidak mempunyai bintik hitam
  • Berpori-pori halus
  • Kulit muka bercahaya,cerah ,halus dan lembut macam lepas guna Softlan
  • Tidak mempunyai jerawat.Nak tahu macam mana nak hilangkan jerawat?Baca sini pula TIPS HILANGKAN JERAWAT !

siti nurhaliza

Kulit Sensitif

Dalam ramai-ramai,pasti ada yang mempunyai kulit muka yang sensitif.Pegang sikit sahaja dah merengek.Hehe.Punca kulit muka menjadi sensitif adalah berbeza bagi setiap individu.Kulit sensitif boleh berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma,resdung,ruam,gatal-gatal pada kulit dan ekzema.

Macam mana nak rawat kulit muka yang berminyak,kering,sensitif dan normal pula?Nantikan bebelan saya pada artikel akan datang.

Selamat Membaca!

p/s:Apa jenis kulit muka anda pula?

You Might Also Like

25 Comments

  • Reply ietams May 7, 2014 at 12:43 PM

    Kulit muka saya jenis ape ye.. Jenis normal la kot eh..
    Ke bukann.. Entoh ler.. Yg mane satu

  • Reply Cik Lyeen May 7, 2014 at 1:12 PM

    Lyeen kategori kulit berminyak…lebih2 zone T…

  • Reply Azhafizah May 7, 2014 at 3:44 PM

    kena cari product penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit kan..lagi² kulit jenis sensitif ni..huhu

  • Reply Tengku Syukri May 7, 2014 at 4:38 PM

    aku jenis kulit suam2 kuku,.,

  • Reply Amru May 7, 2014 at 10:53 PM

    Kulit saya jenis yang sensitif,kena jaga elok-elok :-)

  • Reply liyliz yusof May 8, 2014 at 10:15 AM

    liz kulit berminyak so kena makan vitamin A untk control dr dalam. Prevent pimples

  • Reply Pondok Papan May 8, 2014 at 11:28 PM

    Arghhh saya tak suka kulit muka berminya..dan mudah pulak tu naik jerawat..emmm

  • Reply Hazman Fadzil May 9, 2014 at 2:49 PM

    Saya jenis kulit lelaki melayu yang masih teruna lagi…. hik3x

  • Reply syaifuddin alias May 14, 2014 at 10:03 AM

    kulit muka saya jenis aaron aziz…hehhehe… lalalallaa

  • Reply Cik Nad May 15, 2014 at 12:16 AM

    saya kulit kering :(

  • Reply Clarissa Produk Kecantikan Muka Untuk Muka Berminyak,Kering Dan Sensitif - Nov 25, 2014 at 11:11 AM

    […] kulit muka mereka.Macam mana nak kenal kalau tak tahu apa ciri-cirinya bukan?Saya ada kongsikan jenis kulit muka pada artikel yang lepas.Nanti korang boleh baca dekat artikel tu.Salah satu cara untuk pastikan […]

  • Reply Betul Ke GlamoSkin Boleh Cantikkan Kulit Macam Orang Korea? - Dec 3, 2014 at 6:48 PM

    […] semua kulit boleh masuk dengan sesuatu produk tu taw.Yang penting kena kenal dahulu jenis kulit muka kita.Bila dah kenal,barulah buat pemilihan produk muka.Biar berhabis ringgit yang banyak,janji kulit muka […]

  • Reply Rosemela Nuzreen Dec 23, 2014 at 1:49 PM

    Saya sensitif skin. So kena sentiasa jaga2..vitamin kena ambil, produk muka hanya utk sensitif skin jer..skrg ni saya kurangkan makan yg berminyak jugak..

    • Reply admin Dec 24, 2014 at 10:02 AM

      Yes.Tips yang bagus tu akak.Teruskan ye! :)

  • Reply Fatim Feb 12, 2015 at 3:14 PM

    Wow.. Perkongsian yg sgt bermanfaat..

    Tip Kecantikan Tanpa Kesan Sampingan

  • Reply Daud Mohamad Aug 24, 2015 at 9:19 AM

    terima kasih sharing yang menarik, kawan saya 7 tahun derita masalah kulit.

  • Leave a Reply