KECANTIKAN

5 Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

Mar 4, 2014
5 Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

5 Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru | Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan.Lumrah alam apabila wanita itu gemar untuk berhias,melawa dan menjaga kecantikan dalaman mereka.Namun begitu,maksud ‘cantik’ itu terlalu subjektif.Bagi FA,maksud wanita cantik adalah wanita yang mempunyai hati yang bersih dan jiwa yang positif yang membantu menyerlahkan kecantikan luarannya.

5 Rahsia Kecantikan Masa Kini?

Rahsia nak cantik masa kini?Memang banyak dan memang bersepah dekat luar sana pelbagai kaedah dan ‘cara’ untuk menjadi cantik dengan cepat.Saat menulis entri ini,FA teringat lagu ciptaan Amar-Macam Cantik Je.Cantik atau comel atau huduh,semuanya ciptaan Allah.Terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana cara kita ingin mensyukurinya.Kecantikan dan keindahan yang kita ada semuanya hanya pinjaman sementara.

‘….FA apa rahsia nak cantik yang sebenarnya?….’

Rahsia untuk cantik yang sebenar yang akan FA kongsikan ini mungkin berbeza dengan sesetengah pendapat di luar sana.Tapi inilah rahsia sebenar untuk cantik yang FA masih pegang sehingga ke hari ini.FA korek rahsia ni dari ummi FA.Alhamdulillah,kalau anda amalkan,anda akan dapat ‘kecantikan’ semulajadi itu.

1.Agama

Kenapa agama?Ya,agama merupakan elemen yang sangat penting dan merupakan rahsia paling mujarab untuk di amalkan sekiranya anda mengimpikan ‘kecantikan’ yang berpanjangan.Baik agama,baiklah keseluruhannya.Anda pelihara agama Allah,Allah akan pelihara diri anda.Anda perjuangkan agama Allah,Allah berikan kesenangan dan kelebihan yang berlipat ganda kepada anda.

Dari Abdul Abbas Abdullah bin Abbas r.a berkata, Suatu hari aku berada di belakang Nabi saw, lalu beliau bersabda,”Nak, aku ajarkan kepadamu beberapa patah kata, Jagalah Allah, niscaya Dia akan senantiasa bersamamu. Bila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan bila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, jika semua umat manusia bersatu padu untuk memberikan suatu kebaikan kepadamu, niscaya mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu, dan jika semua umat manusia bersatu padu untuk mencelakakanmu, niscaya mereka tidak dapat mencelakakanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu. Pena telah diangkat, dan catatan-catatan itu telah mengering.” (HR. Tirmidzi)

2.Hati yang bersih dan  ‘hidup’

Mungkin pelik kan bagi anda kenapa hati juga termasuk sebagai rahsia untuk cantik.Tetapi inilah rahsia yang ramai wanita di luar sana belum tahu dan belum menyedari mengenai rahsia ini.Hatilah yang menentukan arah-tuju hidup, anggota-anggota badan yang lain hanya mengikut apa kata hati sahaja.Hati merupakan juzuk terpenting di dalam diri manusia.

“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati” (Riwayat Imam al-Bukhari)

Sudah termaktub di dalam hadis bahawa jika baik hati,baiklah peribadi.Jadi,mulai sekarang cek hati anda.Audit balik hati anda.Bersihkan tompok-tompok hitam di hati anda dengan selalu bertaubat dan berzikir memohon keampunan dari Allah s.w.t.InsyaAllah,anda akan ‘cantik’ secara semulajadi.

3.Maruah

Penting ke maruah ni?Ya.Memang sangat penting.Tapi ramai yang terlepas pandang dan memandang remeh perkara sebegini.Maruah ialah nilai-nilai kebaikan atau kemuliaan diri atau kehormatan diri.Antara elemen penting dalam maruah ialah menjaga aurat.

FA nampak dan lihat ramai yang terlepas pandang soal aurat ni.FA bukan seorang ustazah dan tidak mempunyai ilmu yang tinggi untuk berbicara mengenai aurat.Tetapi sekadar berkongsi ‘secebis’ ilmu yang dipelajari suatu ketika dahulu.Nak bergaya,nak cantik tiada masalah.Malah Allah suka pada kecantikan dan Allah itu Maha Cantik.Tetapi bergaya dan cantiklah selagi tidak melanggar syariat Islam dan aurat masih dipelihara.Sedangkan telah tertulis di dalam hadis bahawa:

“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”-Surah An-Nur:Ayat 31

InsyaAllah,kalau anda berpegang pada ayat ini dan memelihara aurat dan maruah kita sebagai seorang wanita Islam,insyaAllah kecantikan lahiriah dan batiniah itu milik anda.Yakinlah dengan janji Allah.Yang tertutup itu sebenarnya lebih indah dari jangkaan kita :)

4.Pemakanan

Makanan juga memainkan peranan kalau anda inginkan kecantikan yang semulajadi.Makanlah makanan yang dianjurkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w,seperti air zam-zam,kurma,madu,delima,zaitun,buah tin dan Habbatuss Sauda.

“Cakap memang senang…Cuba buat tengok..”

Ya.Memang susah.Tapi cuba tekadkan diri.InsyaAllah anda boleh buat.Nak seribu daya tak nak seribu dalih.Tu ja.Nak cantik,kena lah usaha.Mana ada orang cantik sekelip mata kan?

5.Kasih Sayang

Macam pelik kan?Kenapa kasih sayang boleh jadi rahsia kecantikan masa kini?

Kasih Sayang ialah rahsia terbesar di dunia ini-Prof Dr Muhaya.IKIM

Ya.Memang tepat sekali apa yang Prof Dr Muhaya cakap tu.FA setuju.Tanpa kasih sayang,semua benda yang kita nak buat dalam kehidupan seharian kita takkan sempurna.

Sayang diri sendiri
Sayang Pencipta kita iaitu Allah SWT
Sayang Nabi Muhammad SAW

Bila kita amalkan dan curahkan kasih sayang,kecantikan akan terlahir secara semulajadi dari dalam diri kita.Baik kecantikan fizikal,kecantikan akhlak dan kecantikan dalaman.Tanpa kasih sayang,kita tidak akan ‘cantik’.Percayalah.

“Dah ko kenapa cakap pasal hati,agama,pemakanan,kasih sayang dan maruah ni FA?”

“Tu ke rahsia nak cantik?”

Ini entri FA.Suka hati FA lah nak tulis sekreatif macam mana.Hehe.Ya.itulah rahsia kecantikan wanita alaf baru.Malah itulah rahsia sebenar kecantikan wanita masa kini.Anda amal,anda dapat.InsyaAllah.

Tips Penjagaan Kulit Dan Badan?

Kalau nak bercerita mengenai tips,satu entri belum cukup rasanya.Busuk-busuk pun mahu 3 atau 4 entri cerita mengenai tips nak cantik ni.Tapi kalau korang nak tahu tips yang paling mujarab untuk penjagaan kulit dan badan.Korang tengok gambar ni.

5 Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

Tips Penjagaan Kulit Dan Badan

 

Memain je ko ni kan FA.Cakaplah betul-betul apa tips nak kulit dan badan cantik?

Yelah.FA bagitahu tips rahsia kalau korang nak kulit dan badan yang cantik.Korang tengok ni.

5 Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

5 Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

 

Kenapa kena pergi Anjung Jelita Spa And Beauty Centre?Korang memang kena pergi sini.Baru korang boleh cantik macam ‘Nora Danish‘.Hehe.Bukan spa lain tak elok,tapi kat sini korang boleh dapat full package treatment.FA berani jamin yang korang mesti jatuh cinta dengan Anjung Jelita.

Kenapa?…”

Tengok gambar bawah ni…

5 Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

5 Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

Macam mana?Lawa kan tempat dia.FA dah cakap korang mesti suka bila tengok gambar dia dan for sure korang mesti akan jatuh cinta bila datang sini.Belum sempat nak berendam dalam jacuzi lagi,mesti korang dah terbayang-bayang keseronokan bila berada di Anjung Jelita ni.

FA…mesti mahal tempat macam ni ..”

Belum cuba belum tahu.Dah cuba,makin haru la.Hehe.Harga berpatutan.Korang pasti takkan menyesal.Cuba dulu.Baru tahu.Pada FA,harga yang ditawarkan adalah berpatutan.Jadi cepat-cepat la booking tarikh untuk ‘memanjakan’ diri dan badan tu dekat Anjung Jelita ni.Tambahan pula,sekarang ni ada promosi.Jadi,siapa yang rasa badan dia perlu ‘dimanjakan’,pergi booking laju-laju.

5 Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

Anjung Jelita Spa And Beauty Centre Promotion

Dah.pergi booking laju-laju dekat fanpage bawah ni.Kalau lepas korang dah pergi Anjung Jelita Spa And Beauty Centre ni,jangan salahkan FA kalau kulit dan badan korang lebih mulus dan gebu dari Nora Danish.Hehe..

Anjung Jelita Spa And Beauty Centre

Penting Ke Jaga Kecantikan?

FA,penting ke jaga kecantikan ni?…”

Menjaga kecantikan sangatlah penting.Banyak sebab kenapa kita perlu menjaga kecantikan ni.Jagalah kecantikan fizikal,akhlak dan dalaman kita,insyaAllah kecantikan semulajadi akan menjadi milik anda.Bahkan Islam menggalakkan kita menjaga penampilan diri.

Sabda Rasulullah S.A.W:Sesungguhnya Allah itu Maha Cantik dan suka kepada kecantikan.-HR Muslim.

Jadi,cepat-cepat serbu Anjung Jelita Spa And Beauty Centre.Jom kita sama-sama cantik macam ‘Nora Danish’.Hehe.Tetapi kena ingat,biarlah ‘cantik’ yang menepati syariat Islam.InsyaAllah,kecantikan itu milik anda.

5 Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

5 Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

Contest ini dianjurkan oleh Denai Hati Network dan Di taja oleh Anjung Jelita Spa And Beauty Centre bersempena dengan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014.

You Might Also Like

33 Comments

  • Reply cleffairy Mar 4, 2014 at 11:29 PM

    I pun nak cantik. :)

  • Reply Bahrain Mar 5, 2014 at 1:00 AM

    kecantikkan perlu diiringi dengan kelakuan yang sopan.

  • Reply Myra Jay Mar 5, 2014 at 8:55 AM

    YeayyY!! Nanti kita pegi Anjung sesama ye? hehee
    Eh!! tapi MJ tak sempat karang entry lagi ni..

    BTW good luck ye FA

  • Reply hasrulhassan Mar 5, 2014 at 3:31 PM

    Ohhh Nora Danishhh …. lama dok baca tang ada gambar Nora Danish .. tak tau pasai pa ….

  • Reply Cik Nad Mar 5, 2014 at 4:23 PM

    Ini boleh jadi habis je kursus 2 minggu nak pi lepak kat spa !

  • Reply Kisah Si Dairy Mar 5, 2014 at 4:48 PM

    kenalah cantik dari dalam dulu..baru luaran nampak terserlah kecantikkannya..

  • Reply Azhafizah Mar 5, 2014 at 5:04 PM

    Seronok dapat ber’spa’.Good Luck Syirah!

  • Reply Cheq Eem Mar 5, 2014 at 5:40 PM

    mahal tak bayaran untuk model iklan dalam entri Siti Nur Enjoy a.k.a nora danish…? ekekeke… good luck FA…!

  • Reply AkmaOmar Mar 5, 2014 at 6:30 PM

    Akak pun nak cantik gak macam Nora Danish hehe

  • Reply nabila biela Mar 6, 2014 at 3:31 PM

    cantikkkkknya saya…hahahaha

  • Reply Nana BamBam Mar 7, 2014 at 12:48 AM

    Assalam,

    nana pun nak cantik semula jadi alaf baru…ngeeeheee

  • Reply nasique Mar 10, 2014 at 11:57 AM

    wanita cantik dengan AGAMA dah berkureng skrg nie…
    Muslim Niaga

  • Reply Shai Aug 27, 2014 at 1:20 PM

    terliur weh tengok spa cmtu. padan lah dengan harga.
    dulu besday somi bwk g spa gk,tp sekadar massage je lah – kasi hilang lenguh sket.
    tunggu dekat2 area situ boleh buat booking Magic Touch siap2. (demand somi bayau)hik hik

  • Reply beauty fatimah Aug 30, 2014 at 10:45 AM

    Perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih.

  • Reply nura Oct 9, 2014 at 5:11 PM

    keren artikelnya…………………..

  • Reply hazanis Nov 19, 2014 at 12:19 PM

    bestnya berSPA. :)

    • Reply admin Nov 19, 2014 at 12:28 PM

      Dapat baucer dia.Tapi tak sempat nak pergi.Dah burn macam tu je :(

  • Reply MommyLotte Nov 19, 2014 at 3:33 PM

    Betul, betul, betul.. Dan saya selalu ingatkan diri, kalau tak jaga apa yang dah diberiNya, dah kira kufur nikmat sebenarnya..ala..gosok gg, cuci muka, mandi, dan jaga pemakanan tak susah pun. :)

  • Reply Dalilayusof Jan 31, 2015 at 5:11 PM

    Yang bab kasih sayang tu saya plg suka…Tak sayang diri, kita tak yakin pada diri mana nak cantik…

  • Reply Nurr Feb 18, 2015 at 2:06 PM

    nampak best je. tak pernah pegi spa. Selalu berspa kt umah je sebab segan.
    Spa ni kat mana?

  • Reply vitakcrew Apr 3, 2015 at 4:08 PM

    dalam penting, luar pun penting. kalau kita ambil berat satu bahagian sahaja pun payah jugak nak jadi cantik. tak gitu admin? :)

  • Leave a Reply to admin Cancel Reply