SEMBANG SANTAI

3 Tips Rumah Tangga

Nov 20, 2013
3 tips rumah tangga

Assalamualaikum

Mungkin mereka yang pertama kali singgah di blog FA dan membaca entri ini menyangka bahawa FA sudah bergelar isteri orang.Tapi sebenarnya FA ingin berkongsi idea dan pengalaman yang FA ada walaupun FA belum berumah tangga.Setelah membaca entri di blog Denaihati sebentar tadi,FA terpanggil untuk berkongsi tips rumah tangga dengan para pembaca.FA akan mengupas dan mengolah idea berdasarkan pengalaman dari mendengar keluhan dan masalah kawan-kawan serta saudara -mara yang telah mendirikan rumah tangga.

Niat yang ikhlas mendirikan masjid

Sebut pasal kahwin,siapa tak nak kan?Tapi sebelum anda membuat keputusan yang betul,selidik dulu niat sebenar kita untuk mendirikan masjid.Apa niat kita sebenarnya?Adakah kerana nafsu semata-mata?Atau kita berkahwin kerana ingin mengikuti sunnah Rasulullah?Perkahwinan itu sunnah Rasulullah s.a.w.

Rasulullah bersabda, ‘Siapa yang tidak mengikut sunnahku, bukanlah ia dari golonganku.’

Bila kita mengikut sunnah Rasulullah dalam berumah tangga, ia akan melahirkan ketenangan. Kita jangan tengok secara negatif, kita kena tengok yang positif. Perkahwinan tidak menyebabkan masalah tapi cara melaksanakannya.Sebab itu FA lihat hari ini ramai yang mengadakan majlis walimatul-urus bukan kerana mengikut syariat Islam,tetapi kerana ingin menunjuk-nunjuk.Sampaikan ada yang sanggup berhutang keliling pinggang sebab nak buat majlis yang grand,secara besar-besaran.Cukuplah besederhana dalam majlis dan memudahkan orang ramai.Perkahwinan yang memudahkan itu lebih berkat.InsyaAllah.

3 tips rumah tangga

3 tips rumah tangga

Terima Kekurangannya Sebagai Pelengkapmu

Tak semua yang kita nak,kita akan dapat.Kita mintak suami yang handsome,kaya,isteri yang cantik solehah.Tetapi Allah tak bagi.Allah bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita minta.Bersyukurlah apa yang Allah bagi tu.Segala kekurangannya,ada pada diri kita.Sebab itulah manusia diciptakan berpasang-pasangan dan saling melengkapi antara satu sama lain.

FA pernah pasang angan-angan yang suatu hari nanti,FA nak suami yang handsome,kaya,banyak duit dan kerja sedap.Tapi bila FA dah masuk ke alam 20-an ni ,FA terfikir apa matlamat sebenar FA hidup ni.Adakah kerana ingin mengejar pangkat harta duniawi atau alam sana yang lebih indah?Bermula dari situlah,FA tersedar dari lamunan mimpi yang tidak berkesudahan ini bahawa alam sana lebih indah dari realiti yang kita jalani hari ini.Jadi,terimalah apa adanya pasangan kita kerana percayalah setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya.

Lihat apa yang dinasihatinya,bukan si penasihat

FA masih ingat kata-kata hikmah yang FA dapat dari FA sekolah menengah dulu iaitu:

Unzur Ila Ma Qala wala tanzur ila Man Qala” -Lihat apa yg disampaikan jangan dilihat siapa yg menyampaikan- (Saidina Ali)

Dalam dunia berumah tangga,saling menasihati dan membimbing itu amat penting dalam memastikan bahtera yang dilayari bersama menuju alam syurga yang diidamkan.Terutamanya suami yang banyak memainkan peranan dalam membimbing ahli keluarga baik anak-anak mahupun isterinya.Tetapi janganlah ada perasaan ‘aku la paling bagus’ , ‘ilmu agama aku tinggi dari dia’ .Semua tu boleh mendatangkan perasaan ‘ujub’ dan riya’  tanpa kita sedar.

Terimalah nasihat yang diberikan oleh si suami mahupun oleh si isteri biarpun  mereka bukanlah seorang yang tinggi ilmu agama.Bila kita amalkan sifat sebegini dalam kehidupan berumah tangga,InsyaAllah,aman dan bahagialah rumah tangga kita.

Cukuplah 3 tips rumah tangga yang boleh FA kongsikan hari ini.InsyaAllah andai 3 tips tu anda amalkan,kebahagiaan akan mengiringi bahtera anda.FA nak sembang lebih pun tak boleh jugak sebab FA masih belum brkahwin.Apa yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari diri FA sendiri.

Wallahua’lam.

You Might Also Like

26 Comments

  • Reply Si Galah Panjang Nov 20, 2013 at 4:26 PM

    Niat kene ikhlas , jangan semata mata kerana nafsuu .

  • Reply sohoque Nov 20, 2013 at 4:31 PM

    Sampai masa dah FA ni. Bila la Org tu nak tetapkan tarikh. Hehehe

    • Reply Farisya Anastasyia Nov 20, 2013 at 4:38 PM

      haha..sudahhhh..doakan jela..doa kawan2 lagi berkat.insyaAllah..hehehe

  • Reply titan Nov 20, 2013 at 4:40 PM

    aku takde ada tips. belum kahwin empat lagi. hoho..

    • Reply Farisya Anastasyia Nov 20, 2013 at 4:48 PM

      amboi abg titan.hahaha..bilanya…kalau abg titan kawin,confirm FA pergi :P

  • Reply Melastik Bintang Nov 20, 2013 at 5:32 PM

    nanti dah kawin tu, kena guna tips ni tau..hahaha

  • Reply JMR Nov 20, 2013 at 5:55 PM

    btul tu, paling penting niat nk kena ikhlas..dan jgn terlalu mencari kesempurnaan..

  • Reply Denaihati Nov 20, 2013 at 6:03 PM

    Jutaan terima kasih kerana sudi sertai perkongsian Tip Rumah Tangga dan semoga sukses.

  • Reply hafizmd Nov 20, 2013 at 9:57 PM

    3 tips yg memang cukup terbaik. Terima kelebihan dan kekurangan dalam melengkapkan diri pasangan. Subhanallah.

    Moga2 dapat dihadami oleh kami yg sudah berumahtangga dan yg bakal berumahtangga termasuk Farisya =)

  • Reply terbaek network Nov 21, 2013 at 1:24 AM

    alhamdulilah tu yang akan kita lalui :)

  • Reply Anak Askar Pencen Nov 21, 2013 at 9:46 AM

    Faham memahami dan saling percaya memang perkara pokok dalam menjaga kerukunan rumah tangga ni. Dalam sibuk mencari rezeki menyara hidup zaman ini, masa untuk pasangan juga harus diluangkan supaya cinta yang dibina di alam rumahtangga itu kekal mekar :-)

  • Reply zulieta Nov 21, 2013 at 11:43 AM

    kalau dah de kad kahwinnya jangan lupa bagi kat kakak di sini ye..
    tak saba nak tunggu jemputan ..hihihihi (jangan mare ye..)

  • Reply Fiza Rahman Nov 21, 2013 at 4:28 PM

    Thanks for the tips FA. YG penting dlm rumahtangga ni kena ada sikap tolak ansur.

    • Reply Farisya Anastasyia Nov 21, 2013 at 6:01 PM

      Betul tu kak Fiza.Wpun belum berkahwin,tu je yg mampu FA kongsikan :)

  • Reply Qashmere Nov 21, 2013 at 6:01 PM

    Terima kasih dengan perkongsian ini..

    And good luck…

  • Reply nadia johari Dec 10, 2013 at 12:20 AM

    wah..ayat die macam dah jadi isteri orang..hehe

  • Leave a Reply