SEMBANG SANTAI

Soalan Ramalan dan Jawapan Subjek Sejarah SPM 2013

Oct 30, 2013
Soalan Ramalan dan jawapan Subjek Sejarah SPM 2013

Assalamualaikum.

Tadi FA ternampak satu post mengenai soalan ramalan dan jawapan subjek Sejarah SPM 2013.Bagi korang yang ada adik-adik,sepupu atau anak yang bakal menduduki SPM tak lama lagi,eloklah baca dan sama-sama sebarkan sebagai persediaan untuk diorang.

a)(i) Terangkan perkembangan sistem mata wang di Tanah Melayu sehingga sebelum Perang Dunia Pertama. (6 markah)
Mata wang terawal diperbuat daripada kulit siput, iaitu siput gerus. Pada zaman Melaka mata wang dibuat daripada bijih timah yang berbentuk bulat iaitu beratnya satu kati lapan tahil. Lebih menarik lagi tercatat nama sultan yang memerintah dan tarikh Islam dicatat pada wang tersebut. Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay boleh digunakan di Melaka.
Selain itu, Johor juga menggunakan wang timah yang dipanggil wang katun yang berbentuk bulat atau segi enam tetapi tidak mempunyai tarikh namun bertulisan jawi atau Arab seperti Malik.
Negeri Kedah mengeluarkan mata wangnya sendiri sejak abad ke-17 iaitu berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin. Wang ini boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan.

Dapatkan Pakej Tutorial SPM 2013 Disini!

(ii) Nyatakan pelaksanaan sistem percukaian yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka. (5 markah) (Buku Teks hlm. 211)
Sistem percukaian telah diamalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, misalnya setiap barang yang dibawa masuk untuk diperdagangkan akan dikenakan cukai, iaitu paling asas ialah cukai import di mana jumlahnya ditetapkan oleh kerajaan.
Selain itu, cukai enam peratus dikenakan ke atas pedagang dari India dan Arab, tetapi pedagang dari Jepun dan China dikenakan lima peratus. Akan tetapi, beras dan makanan pula tidak dikenakan cukai.
Orang asing juga dikenakan cukai jika mereka menetap di Melaka, misalnya jika mereka dari Kepulauan Melayu dikenakan tiga peratus cukai diraja manakala orang asing lain sebanyak enam peratus.
b) Apakah kesan penggunaan sistem ekonomi wang kepada masyarakat peribumi di Tanah Melayu? (4 markah)
Kesan pertama memudahkan urusan perdagangan dan orang mereka mula terlibat dalam ekonomi moden. Akan tetapi mereka mula memajak tanah kepada orang asing, malah ada yang terus kehilangan tanah.
Masyarakat peribumi juga mula menanam tanaman dagangan seperti getah dan menjual hasilnya jika berlebihan.Akan tetapi mereka mula mengalami masalah hutang setelah meminjam wang daripada ceti.Ramai juga yang terlibat dengan urusan bank dan terlibat juga dalam insurans, dan ramai juga yang berhijrah ke bandar menyebabkan kegiatan tukar bagang semakin mengecil.

Pakej Tutorial SPM
c) Andaikan anda adalah pemimpin negara kita masa kini, apakah yang akan anda lakukan untuk memajukan ekonomi negara? (5 markah)
Jika saya jadi pemimpin negara, saya akan membina institusi kewangan bertaraf antarabangsa. Saya juga akan memajukan infrastruktur dan meluaskan pasaran barangan Malaysia. Saya juga akan mengurangkan hutang negara dan mengurangkan duti import dan duti eksport. Saya juga akan membangunkan tenaga kerja berpengetahuan.

Jom sama-sama bantu calon SPM ^_^

Soalan Ramalan dan jawapan Subjek Sejarah SPM 2013

Soalan Ramalan dan jawapan Subjek Sejarah SPM 2013

You Might Also Like

3 Comments

  • Reply penaberkala Oct 31, 2013 at 12:24 AM

    ok, sambung study jap..
    spm dah dekat

  • Reply Kongsi Blog Oct 31, 2013 at 6:28 AM

    yang free punye ade x.?

    mohon kongsikan artikel di http://www.kongsiblog.com :)

  • Reply student Jan 7, 2017 at 9:51 PM

    nyatakan pengaruh islam ke atas mata wang di tanah melayu

  • Leave a Reply