SEMBANG SANTAI

Bila perutku berbunyi..

Jul 15, 2013

Bila perutku berbunyi,maka jawabnya ia meminta supaya dimasukkan makanan yang sedap-sedap.haha.Sabar ye wahai perutku yang amat ku sayang.Tak lama dah kita nak berbuka :) .Tetiba tangan ni gatal pulak pergi search makanan yang sedap-sedap kat kedai pakcik Google.Alahai.Makin kuat la muzik etnik kreatif yang dimainkan oleh perutku ini..Jom tengok makanan ape yang FA search ! :)

Kuih Butir Nangka
Tengok kuih ni teringat kenangan masa belajar kat kelantan dulu.Kalau pergi bazar,mesti beli kuih ni.FA kenal kuih ni pun dari akak roomate FA dulu.First time makan yang mak dia masak.Memang sedap la kot!Nak tambah,tapi malu.hahaha.
Nekbat
Orang Terengganu panggil Nekbat.Kalau kat tempat korang,FA xtaw la panggil apa.Tapi memang kat Terengganu,makanan ni famous amat.hehehe..Memang korang akan tertawan la dengan kemanisannya yang akan membuatkan korang nak tambah lagi.Tak caya??Try tengok! :)
kuih seri muka
Kuih ni kalau korang makan,confirm memang berseri lah muka korang.Tak caya?Try la! :) Ni salah satu favourite FA..
Bubur Kacang
Bubur ni dari kecik lagi FA makan.Memang wajib umi buatkan.hehehe..Tak leh tinggal yang ni.Nak sedap lagi,cicah dengan roti time panas..perggh!
Tepung Gomak@Gomok
Last but not least.Kuih tepung Gomak@Gomok.Biasanya orang Terengganu panggil Tepung Gomok.Kalau kat Terengganu,korang boleh dapatkan Tepung Gomok yang sedap dekat Bukit Payong.Memang sedap sangat.Tak ada orang boleh challenge. :)Kuih ni dari kecil juga memang FA minat.Dulu time sahur-sahur mesti ada kuih ni.Wajib!hehehe
Orait,Selamat Berbuka semua :)
Wsalam.

You Might Also Like

5 Comments

  • Reply NURSHAKIRA ABDUL HALIM Jul 15, 2013 at 9:14 AM

    ya rabbi tergugat imanku! huhu rasa macam berkenan pula dengan gambar nombor 2 tu..hehe :)

  • Reply aisya ieyka Jul 15, 2013 at 1:00 PM

    wau . sedap2 lah . terliur . nyam-nyam . hehehe :)

  • Reply BUNDA a.k.a KN Jul 15, 2013 at 10:44 PM

    assalam,

    tetiba bunda teringin pulak bubur butir nangka tu..

  • Reply fyna Jul 20, 2013 at 11:15 PM

    nyum.. nyum.. ^_^

  • Reply nadia Jul 25, 2013 at 12:40 PM

    ok tetibe lapor plk..haha

  • Leave a Reply